PERCUTIAN MURAH KE PULAU PERHENTIAN

Anda mencari tempat untuk bercuti di pulau dan tak tak tahu mana nak pergi? Dapatkan pakej percutian murah ke Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian, Terengganu untuk pelajar, individu mahupun berkumpulan, company trip, keluarga atau bersama pasangan tersayang anda. Kami ada menyediakan perkhidmatan bot pergi balik ke Pulau Perhentian Kecil, ambil di lapangan terbang. Kami juga menawarkan Pakej percutian untuk 3 hari 2 malam snorkeling Pulau Perhentian, Pakej 4 Hari 3 Malam, Pakej 3 hari 2 malam Free and Easy. Kepada yang ingin melakukan aktiviti scuba kami juga menawarkan pakej scuba seperti Open Water, Discovery Scuba diving dan Fun dive. Dapatkan pakej percutian ke Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian anda bersama kami, pasti meninggalkan kenangan terindah untuk anda!

Isnin, 5 Jun 2017

Bagaimana Nak Ke Pulau Perhentian Kecil

Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian Besar, Perhentian Kecil Services


Pulau Perhentian merupakan salah satu pulau yang tercantik di Malaysia.  Pulau Perhentian ini terletak di Terengganu, Malaysia.  Ada beberapa cara untuk ke Pulau Perhentian ini:

Macammana nak ke Pulau Perhentian? 

Dengan Menaiki Bas

Anda boleh ke Pulau Perhentian dengan menaiki bas ekspress ke Kuala Besut.  Terminal Bas Kuala Besut merupakan perhentian bas yang terletak berdekatan dengan jeti utk ke Pulau Perhentian ini.

Jika tidak ada tiket bas untuk ke Kuala Besut, anda juga boleh dapatkan tiket ke Jerteh/Jertih.  Terminal Bas Jerteh ini terletak di pekan Jerteh yang mengambil masa lebih kurang 10-15 minit untuk ke Jeti Pulau Perhentian. 

Anda boleh dapatkan tiket bas untuk ke Kuala Besut atau Jerteh ini di: Laman Web TBS

Terdapat pelbagai syarikat bas ekspress yang menyediakan trip untuk ke Kuala Besut atau Jerteh setiap hari seperti: Perdana Ekspress, Mahligai Ekspress, Sani Ekspress dan lain-lain lagi.  Harga tiket bas juga tertakluk kepada lokasi anda.  Contohnya dari Kuala Lumpur ke Kuala Besut tiket bermula dari RM 45 - RM 50 bergantung pada syarikat bas ekspress.

Perjalanan ke Kuala Besut atau Jerteh akan mengambil masa beberapa jam tertakluk kepada dari mana anda naik bas.  Contohnya dari Kuala Lumpur, perjalanan adalah selama 8-9 jam.  Anda perlu ambil bas diwaktu malam anggaran pada jam 8 malam atau 10 malam.  Anda akan sampai di Kuala Besut pada jam 5 pagi atau 6 pagi keesokan hari.  

Dari Terminal Bas Kuala Besut anda boleh jalan kaki ke jeti Pulau Perhentian yang mengambil masa 5-10 minit.  Atau anda boleh menaiki teksi ke jeti Pulau Perhentian dengan bayaran RM 5-10 untuk perjalanan sehala.

Manakala dari Terminal Bas Jerteh, anda perlu menaiki teksi untuk ke Jeti Pulau Perhentian dengan bayaran RM 15-20 untuk perjalanan sehala. 



Dengan Menaiki Kapal Terbang

Bagi yang mempunyai bajet lebih atau ada promosi tiket kapal terbang murah, boleh dapatkan tiket ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu (KBR) yang merupakan lapangan terbang terdekat untuk ke jeti Pulau Perhentian ini.  

Terdapat pelbagai syarikat penerbangan yang menyediakan trip ke Kota Bharu (KBR) setiap hari seperti AirAsia, FireFly, atau Malindo. 

Penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu ini mengambil masa beberapa minit ke beberapa jam bergantung pada lokasi anda.  Contohnya dari KLIA (KUL), akan mengambil masa 45 minit - 50 minit untuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu (KBR).  

Dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu (KBR) ke jeti Pulau Perhentian pula mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan van kami.
***boleh hubungi wakil kaimi untuk mendapatkan harga untuk airport transfer.



Dengan Memandu Kereta

Untuk memudahkan perjalanan anda, anda boleh mengunakan aplikasi seperti Waze atau Google Map untuk ke jeti Pulau Perhentian.  Key-in: Perhentian Kecil Services.

Perjalanan mengambil masa beberapa minit hingga ke beberapa jam bergantung pada lokasi anda.  Contoh dari Kuala Lumpur melalui Tol Gombak > Bentong > Raub > Kuala Lipis > Gua Musang > Kota Bharu > Jerteh > Kuala Besut kebiasaannya akan mengambil masa 8 jam ke 15 jam bergantung pada keaadaan lalu lintas pada waktu tersebut.  Perjalanan akan mengambil lebih masa lebih-lebih lagi pada cuti umum dan musim perayaan.  Sila rancang perjalanan anda dengan baik. 



Ramai yang tertanya-tanya:

Kenapa ke Kota Bharu tidak ke Kuala Terengganu?  
Kenapa perlu ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (KBR) tidak ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (TGG)?
Kenapa lalu Gua Musang tidak lalu highway baru Lebuhraya Pantai Timur (LPT)?


Ini kerana Pulau Perhentian ini terletak di sempadan antara Terengganu-Kelantan.  Adalah lebih dekat jika melalui Kota Bharu berbanding Kuala Terengganu.  




Bagaimana cara yang anda pilih untuk ke jeti Pulau Perhentian ini,  Kami Perhentian Kecil Services mengharapkan perjalanan anda dipermudahkan dan semoga anda sampai dengan selamat dan dapat bercuti di Pulau Perhentian ini.

Adalah dinasihatkan supaya anda memberitahu pada keluarga terdekat atau rakan baik anda yang anda akan pergi bercuti di Pulau Perhentian dan juga memberitahu ajen percutian anda.  Jika berlaku apa-apa mudah untuk ahli keluarga atau kenalan anda untuk berhubung dengan ajen percutian anda bagi mengesan lokasi anda.



Setelah sampai di jeti Pulau Perhentian yang terletak di Kuala Besut,  anda perlu menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian yang akan mengambil masa 30 minit - 45 minit atau 1 jam bergantung pada cuaca dan keaadaan air laut.  


Macammana nak dapatkan tiket bot ke Pulau Perhentian?  

Bagi yang mengambil pakej percutian Pulau Perhentian dengan Perhentian Kecil Services, tiket bot sudah termasuk didalam pakej.  Pastikan anda mendaftarkan diri anda di pejabat kami di jeti Pulau Perhentian terlebih dahulu.


Belum membuat tempahan?  Klik sini untuk mendapatkan Pakej Murah Pulau Perhentian Kecil



Pulau Perhentian, Pulau Perhentian Besar, Perhentian Kecil Services


_________________________________________________________________________________


Whatsapp wakil kami di:

Dyana +6019 977 8222
atau 
EnShahdi +6016 900 1228

atau klik sini:


_________________________________________________________________________________


Harap Maklum

PERHENTIAN KECIL SERVICES tidak mempunyai wakil selain Dyana & EnShahdi.  Mereka hanya boleh dihubungi di nombor seperti tertera diatas.  

Semua tempahan hanyalah melalui Dyana & EnShahdi sahaja.

Pembayaran hanyalah melalui akaun PERHENTIAN KECIL SERVICES sahaja. 

Terdapat ramai pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai Dyana & EnShahdi dan menipu.  

Jangan menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab. 

Jangan bayar ke akaun persendirian (personal account).

Pulau Perhentian Kecil

PROMOSI PERHENTIAN 2017

PROMOSI PERHENTIAN 2017
Pakej Murah 3 hari 2 malam di ewan place pulau perhentian kecil 2017

LONG BEACH PERHENTIAN 2017

Promosi Perhentian 2017